Tuesday 10 January 2017

Memulakan Hari





Memulakan hari dengan peringatan agar selalu : Sayang. Maaf dan Syukur.

Menyayangi diri sendiri dan orang sekeliling
Memaafkan diri sendiri dan orang sekeliling
Bersyukur dengan rahmat Allah yang tak pernah putus - walau dalam kesempitan sekalipun

Kita masih punyai nyawa - asbab utama untuk buat kita rasa benar-benar bersyukur dengan limpahan rahmat dan kasih sayangnya. Alhamdulillah

Biar apa jua sebab yang kadangkala membuatkan kita hanya mahu pejam mata dan tidak perlu lagi bangun setiap pagi untuk melihat dunia. Bukankah Allah Maha Tahu atas setiap sesuatu?

Sabarkanlah hati yang sering kali merintih pedih

Dunia ini ada pusingannya
Biar di mana pun kita, berpijaklah pada tanah yang rata
Sujudlah dengan penuh rasa jiwa hamba kepadaNya

Kerana kita bukan sahaja semata-mata hidup untuk diri kita sahaja



No comments:

Post a Comment